Monday, 30 April 2018

SEMUA BARU

Hi semua !

Assalamualaikum !

fuhhh!

selepas dua tahun aku ambil masa berdiam diri.. akhirnya perkara yang aku tidak pernah jangkakan telah pun terjadi.. aku dan eka dah break dua tahun.. tak sangka aku mampu tempuh fasa "move on" tanpa mempergunakan orang lain..

aku tiada tips untuk move on.. cumanya apa yang boleh aku katakan kalau kita benar - benar ingin melupakan maka ianya akan secara semulajadi TERJADI.. aku tak percaya yang aku mampu membuat perkara ini.. ikut logik akal aku sangat susah untuk melupakan.. tetapi selepas dua tahun aku kemurungan kini aku bangkit.. bangkit menjadi seorang hamba seorang anak, seorang sahabat yang normal..

ohh yaa ! last year bulan 11.. 29 November 2017, aku kenal seseorang.. tapi secara jujurnya aku tidak tahu apa perasaan aku pada dia.. sayang ? cinta ? arghh susah nak gambarkan. aku telah menganggap semua lelaki itu sama. mereka tidak pernah akan puas. tidak pernah bersyukur. tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata mereka.. aku tidaklah salahkan lelaki 100% mahupun 200% kerana mereka juga manusia biasa.. mata mereka suka melihat keindahan.

aku juga manusia yang sering mengkritik.. aku tidak sempurna.. aku manusia biasa sehingga sekarang aku tidak mengetahui punca eka putuskan hubungan kami.. putus tanpa mengetahui apa puncanya lebih perit dari kita tahu pasangan kita curang.. engkau stuck! stuck tak tahu nak buat apa.. nak diluah mati emak ditelan mati bapak..

aku takde bende lagi nak share..

sekian terima kasih..

P.... 

Followers